PEMUDA PAS
YOUR-IMAGE-TITLE
YOUR-IMAGE-TITLE
AL-QURAN ONLINE
AKU
YOUR-IMAGE-TITLE
YOUR-IMAGE-TITLE
33 KATA-KATA HEBAT

KATA-KATA HEBAT

Posted by azrin|kun On 12:43 AM

1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada orang yang tak berusaha sama sekali.
– J. Douglas -
2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat perwira,tetapi berani mengaku salah adalah lebih perwira.
– Hamka -
3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya.
– Bukhari dan Muslim –
4. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan.
– Umar Al Khattab -

5. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang membuat hanya apabila disuruh.
– Lukman Hakim –
6. Tidak dihitung kaya yang banyak harta, tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –
7. Kita tidak harus bersifat negatif kepada kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –
8. Berpadu ialah satu permulaan, terus berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu ialah kejayaan.
– Henry Ford –
9. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada ramai.
– Lukman Hakim –
10. Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
– Issac Watts –
11. Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil. Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -
12. Yang sangat berguna adalah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,
kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.
– Imam As Syafie –
 13. Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.
– Menander –

0 comments

Post a Comment